Saturday, March 12, 2011

TIPS jumpa hantu tidak menggelabah.

Pocong


Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sure korg confident dia akan berasa malu sbb dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir


Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Yela malu cz time tu dia tgh perasan konon muke dia plg lawa kt dunia ni.
Pontianak


Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Yela hantu ketawa org x dgr coz dia kt alam ghaib. klu korg ketawa bukan hantu jea dgr, jiran2 korg sblh rumah pun dgr. Malu la kali pertama hantu tu kalah..hee
Hantu Raya


Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. da macam YB korg buat buli hantu tu..hee


hantu galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. mesti dia tak perasan kita ada disitu. so korg nk taking pic dgn kaki hantu ni pun xpe.nti leh la tunjuk kt rakan2 korg.dpt taking pic gan hantu..hee
Jerangkung


Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol


Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampauu askar Jepun dari tuannya sbb mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

SO korg if jumpa hantu relex jea
xpyh nk susa pggil2 ghost buster..
try guna tips ni..
ok ^_^ v

1 comment:

  1. oi giler..
    ak wt cemtu kt hantu yg ak jumpe kang...
    mampus ak kene kejar...hahahahha...

    ReplyDelete